General Election
This piece of information may useful to Malaysians abroad.
Tuan/Puan,
Merujuk kepada emel tuan/puan berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Piliihanraya (Pengundian Pos)1959 yang berkuatkuasa, hanya mereka yang dikategorikan di (a) atau(b) dibawah sahaja yang layak mengundi secara pos diluar negara iaitu :
a) *Pengundi Tak Hadir*
i. Anggota tentera;
ii. Isteri/Suami anggota tentera;
iii. Pegawai Kerajaan bertugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;
iv. Isteri/Suami Pegawai Kerajaan bertugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;
v. Pelajar yang menuntut di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;
vi. Isteri/Suami pelajar yang menuntut di luar sempadan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;(b) *Pemilih Biasa yang diberi undi pos*
i. Pegawai-pegawai Pilihan Raya;
ii. Anggota Polis Biasa;
iii. Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertugas di luar Malaysia pada hari mengundi;
iv. Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya;
v.Golongan-golongan yang diwartakan oleh SPR sebagai layak untuk mengundi secara pos.2. Sehubungan itu, mana-mana pemilih yang tidak termasuk dibawah kategori (a) atau (b) adalah tidak layak mengundi secara pos.
Sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Setiausaha Ketiga
b.p. TYT Duta Besar
TechTags Plugin [ General election | Malaysians abroad | Malaysia | Asia | Europe ]



August 7th, 2007 at 4:27 pm
[...] This piece of information may useful to Malaysians abroad. (more…) [...]